Pages

Thursday, June 23, 2011

kau serupa bibik

salam.

tak lama lagi abang akan berpindah ke rumah sewa.seminggu sebelum tu,aku lah manusia paling gembira.sebab aku rasa aku tak dapat tengok cerita kegemaran aku kalau abang ada(manusia yg bergelar abang memang suka konker TV) trust me!

patutnya pagi ini aku yang kene kejut dia,tapi bila aku TARSADAR jer..hambik kau!kemas gila katil abang aku!rupa-rupanya dia dah lama blah.rasa macam OK FINE....-__-
pagi-pagi lagi aku dah bangun,tapi tidur balik sebab aku ni insomania(menyerang semasa cuti sem jer) biasanya bila matahari terpacak baru aku bangun balik.abang tak ada?YA AKU ADA SEMANGAT BARU!!!!hahaha


aku teringat seorang blogger ni,dia memang HEBAT semua urusan anak,rumah tangga dia yang uruskan.dia tak pernah penat.so hari ini aku cuba buat semua kerja dalam satu hari

 abang dah duduk jauh,jadi aku tak nak hampakan permintaan mak yg sekalian lama(lap kipas)
  mula-mula aku tak yakin nak naik tangga tinggi macam ni,berkat aku ikhlas tolong mak aku,AKHIRNYA!!!!
 ini perkara yang memalukan tapi aku nak kabo kan jugak! aku jenuh la fikir dan macam-macam taktik aku buat untuk tutup tangga tu,TAPI TAK DAPAT JUGAK!rasa macam nak beri penyepak free je kat tangga tu
 akhirnya!!!!!!aku dapat jugak tutup tangga tu..rupanya kene naik kan benda tu ke atas(macam gambar di atas tu tuan-tuan) harus terima hakikat yang aku tak ada skill..
 mak datuk!berkecah nyerrrr.aku masak nasi goreng + hot dog je kot..tapi -__-(aku pun tak tahu kenapa aku suka buat muka sedih macam ni)
 bertukar ke KAIN BURUK YANG BAHARU!!disebabkan permintaan mak aku,kain buruk yang tak berapa nak buruk sebelum ni,telah jadi seburuk itu!
 aku suka mop rumah!!!!!!1peluh menyimbah-nyimbah,lemak di perut semua cair...
 kerusi solek telah dilap dan dikemas,bahan kimia yang digunakan untuk menepek muka DISUSUN MENGIKUT KETINGGIAN masing-masing
 sarapan tadi aku masak nasi goreng,petang aku masak sambal bersama mak(konfem mak sayang aku lebih hari ni :)
 bunga-bunga matahari.....cantikkan?hot sangat macam siti nurhaliza,maria elena,hanis zalikha ,dan Adibah Hassan
jangan rumah je kemas,diri pun kemas,kuku pendek,bersih,biar pun  kuku cawan...kuku gelas jangan kekwat yer!


nak tahu?sebenarnya,tugas anak perempuan sama macam bibik,JADI SESIAPA yang ada anak dara di rumah TAK PAYAHLAH  susah-susah upah bibik.tapi pastikan anak perempuan telah dilatih mengemas sejak kecil.takut bila dia dah besar dia malas nak buat kerja.lagi satu,perempuan jugalah yang akan sediakan segala-gala keperluan anak,suami,mak mentua(kalau mak mentua tidur rumah 3 hari 2 ,malam) jadi biar kita buat sekarang yer nanti tak susah bila dah kahwin,anak 9 kan?


Friday, June 17, 2011

kisah perempuan gatal tahap jimbit

jimbit = cipan = melampau


untuk pengetahuan semua perempuan memang lebih gatal daripada lelaki.walaupun kau tak pernah nampak perempuan pewitt pewitt lelaki dekat shopping mall atau masa nak tunggu bas,TAPI MEMANG PEREMPUAN LEBIH GATAL sebenarnya.


tapi perempuan gatal secara sopan(diam-diam) macam aku...dan kawan perempuan aku, sepupu aku...

aku rasa aku memang gatal nak kahwin.adik sedara aku pun tu SIAP UPDATED STATUS pasal jodoh lagi.ramai jugaklah like termasuk aku.kita orang dah siap buat perhitungan dah.SIAPA KAWIN DULU DAPAT hand bag LV yang dibeli di pavilion bukan choww kitt.

yes!aku bersedia untuk menjadi seorang isteri yang tak berapa pandai nak masak tapi aku akan cuba.UNTUK MENJADI seorang ibu????i dont think so.bukan tak nak tapi belum bersedia.SIAPA JER TAK NAK ANAK.

aku rasa ramai anak muda yang belum bersedia nak pegang komitmen sebagai IBU BAPA.kalau baby tu jenis yang silent je,suka gelak je..aku tak ada masalah.kalau sebaliknya?
SERIUS!aku memang tak reti nak handle budak kecik nangis.kalau anak buah aku nangis pun cepat-cepat aku masuk bilik.biar orang lain yang pujuk PADAHAL aku YANG SAKAT dia.

ha ni lagi satu!kerja aku MEMANG SUKA SAKAT BUDAK KECIL.abang aku suka suruh aku kacau anak buah aku sampai nangis.BILA DIA NANGIS aku rasa macam BEST jerr..muka merah!mata merah!mata sepet!COMELLLLLLLLLLLLLLLLL...

aku anak bongsu.tak ada adik.ada adik sedara yang masih baby lagi tapi aku tak kuasa sangat nak melayan.kalau baru lahir tu aku suka.kalau dah umur 2/3 tahun tulah MASA NAKAL MEREKA!dan aku????suka besarkan mata aku bila tengok dia orang..hahahha macam garanglah kononnya

AKU SUKA BUDAK KECIL!tapi tengok umur dan sifat dia.masa aku kerja dekat kedai buku AKU SUKA LAYAN BUDAK KECIL comel jer dia panggil aku "KAKAK..." nak-nak ANAK CINA.budak kecillah PELANGGAN YANG PALING AKU TUNGGU-TUNGGU! tapi nak pegang komitmen sebagai ibu........bukan mudah.

inshaallah.kalau ada rezeki.ni pakwe pun tak ada lagi.tapi jeles bila tengok blogger muda dan cantik DAH ADA ANAK!jeles sangat.huntunglah kan....



 barkrisss...aku selalu dukung dia kalau sepupu aku yang lain tak ada.bawak jalan kelliling rumah puan tengok bunga.sebab umi dia nak handle 4 org lagi
 ini ANAK BUAH saya.SAYANGGG.tengok gigi dia..jarang dan comel
 ni pun kira baby jugak lah...kegemaran i buat selamanya.(aqmal yang pandai bercakap)
aku paksa dia amik gambar walaupun tengah sakit...padan muka!



Thursday, June 16, 2011

ini untuk ayah





duit tabung selama 6 bulan..maksudnya tabung saya selama saya belajar.


tak banyak untuk ayah,sikit jer..sebab kitew banyak kene pakai duit masa belajar

saya selalu menyusahkan ayah..bukan ayah jer emak,akak dan abang(walaupun abang sangat annoying kadang-kadang)


tapi saya memang kerap menyusahkan ayah,selalu guna duit ayah.walaupun ayah tak ada duit,dia bagi jugak kalau anak-anak dia nak duit.

ayah selalu uruskan hal-hal yang saya tak suka uruskan macam nak handle pinjaman,pergi minta cop kat penghulu,fotostate itu ini....hantarkan borang kat asrama lepas balik kerja,tengah-tengah panas dengan NAIK MOTOR.

ayah selalu ,masak untuk keluarga...walaupun menu yang sama,tapi rasa tetap best(tapi tak boleh kalahkan mak)

masa kecik-kecik saya selalu TERTIDUR DEKAT DEPAN TV bila ayah balik tengah malam dia lah yang KENDONG saya masuk dalam bilik.(selamat ringan)

ayah tak pernah marah-marah.tapi suara dia kuat gilerrrr.

ayah suka baca buku perubatan tradisional,agama...dan selalu juga mengaji

masa saya part time dekat popular,ayah selalu tunggu saya balik dekat tepi parking,saya balik pukul 11 malam.tapi pukul 10.30malam ayah dah tunggu.tak kira dalam hujan ke tak hujan ke.TUNGGU JUGAK!

masa saya kerja ayah selalu masak dan hantar lauk,nasi,air kacang soya dekat saya,lepas tu tanya "ada duit tak?" kawan-kawan kerja semua cakap ayah baik.ayah memang baik pun.

saya jarang minta duit mak dan ayah, sebab saya tahu bukan SENANG NAK CARI DUIT.bila dapat gaji saya mesti bagi duit kat mak ayah adik beradik...last-last minta balik duit kat ayah..huhuhu

sebagai anak saya akui saya bukan anak yang baik.BURUK PERANGAI,ANNOYING NAK MAUT tapi dalam hati hanya Allah yang tahu



walaupun kami tak rapat sangat,tapi selepas solat,mesti tak lupa doakan ayah dan emak dan abang dan akak.
terutama ayah.
SELAMAT HARI BAPA kepada ayah saya.
semoga iman semakin bertambah dan kesihatan terjamin.

Tuesday, June 7, 2011

kisah orang gemuk.

anda tahu berapa ramai rakyat Malaysia yang demok?berapa ramai di antara kita yang menghidap penyakit berbahaya disebabkan badan yang demok?

saya bukan nak sentuh pasal tu sebenarnya.isu ni selalu orang bangkitkan.sehingga TERTUBUHNYA RANCANGAN THE BIGGEST LOSER..(bukan LOSER tak guna tau!)
dalam keluarga saya,ramai yang berbadan cumel.(demok lah) walaupun begitu,SAYA SANGAT SAYANG KEPADA MEREKA!walaupun keluarga kami  ramai yang cumel,tapi kami bahagia.tiada pun yang kencing manis di usia muda!tiada pun yang sakit jantung di usia muda!SEMUA SIHAT!SEMUA BAHAGIA!kelasssssss


tapi ada juga yang terfikir untuk mendapatkan bentuk badan yang kurus(sedap mata memandang) bagi pendapat saya,ianya memang bagus dan anda membuat 1 tindakan yang bijak bestari sebenarnya tapi ianya memerlukan semangat yang kuat.BUKAN SENANG NAK BERLAWAN DENGAN NAFSU!BUKAN SENANG NAK MENDIAMKAN DIRI BILA ORANG OFFER big mac!
walaupun saya tak demok!tapi saya BERHADAPAN DENGAN MASALAH LAIN.stress nya sama dengan stress mereka yang demok.bersyukurlah mereka yang dikurniakan bentuk badan yang santik,kulit yang santik dan kesihatan yang baik.


bukan senang nak santik.sebab ianya memerlukan usaha!dan harus konsisten.kalau kau hari ni pergi jogging nak buang lemak,tepek bedak sejuk dekat muka elak jerawat masa tidur..lepas tu lepas dua hari kau tinggal macam tu je.MEMANG IM SORRY LA!!!!

ini adalah sebab-sebab biasa mereka yang mahu kelihatan seimbang dan santik:
  • mendapatkan keyakinan bila nak tackel lelaki idaman
  • supaya tak rasa rendah diri bila jalan dengan kawan-kawan yang kurus 
  • dapat mencuba mini skirt yang hot tanpa masalah selulit di peha!
  • untuk badan yang sihat
  • kelihatan santik dan rasa diri kau yang paling CHANTHEK
  • tak payah susah-susah cari posisi yang startegik untuk menutup kelemahan  tubuh bila nak amik gambar guna DSLR camera.
  • untuk elakkan diri diejek (kejam siapa yang ejek)
  • untuk mengelakkan member berkata "kau dah la gemok ada hati nak cari pasal dengan aku"..."aku sedut lemak-lemak kau!baru kau tahu"..."wei si gemok!"..."budak gemok ni boleh ke drive kereta?"
pedih tak?pedihkan.jahat-jahat aku pun tak adalah aku nak ejek ciri fizikal seseorang tu.nanti 10 tahun yang akan datang kita tak tahu macam mana rupa bentuk kita kan?sekarang ni mestilah KAU TENGAH melalui zaman kegemilangan kau..nanti 10 tahun akan datang ...zaman kegelapan menerjah.MAHU?

kepada mereka yang suka ejek dan memandang rendah kepada mereka yang mempunyai saiz badan yang luar biasa,HENTIKANLAH!kalau nak melawak boleh TAPI BERPADA-PADA.biasalah kita manusia ni kadang-kadang bermulut lepassssss kan kiah!?dan kepada mereka yang mahu santik dan capai ZAMAN KEGEMILANGAN saya ucapkan SEMOGA BERJAYA.kalau dah kurus janganlah demok balik.kalau muka dah licin macam telur lepas dibuang kulit jangan jadikan muka macam rupa permukaan bulan!yer....:)

p/s:masa tingkatan 3 saya alami masalah jerawat yang sangat teruk.lepas 2 tahun berusaha alhamdulillah kulit ku kembali anjal.TETAPI kini dia naik balik(dia tu jerawat)..dan aku pun sedang berusaha menyingkirkan dia.(post untuk diri sendiri)