Pages

Friday, September 23, 2011

tips elak gastrik

TIPS ELAKKAN GASTRIK

Dr. Lala (university of melaka)

siapa ada gastrik????ANGKAT TANGAN!!!(nada suara macam pensyarah nak minta jawapan sebab dengar suara pelajar mcm dekat jalan chow kit bagi jawapan)
saya tahu mesti awak ada gastrikkan? awak nak tahu tak GASTRIK ialah sejenis penyakit yang berterusan, awak kene makan ubat kalau nak hilangkan sakit perut awak tu. TAK macam apendiks. apendiks hanya perlukan pembedahan saja, lepas tu awak DAH SIHAT dan boleh melantak seperti biasa~



kesian saya tengok pensyarah saya kene gastrik, dia tak boleh drive dia berhenti kat tepi jalan tu (menghala ke melaka) sebab perut dia sakit sebab dia tak makan pagi. ni nak marah ni! BANYAK KALI DAH KITEW BAGITAHU BREAKFAST TU PENTING!!penting!!!! lepas tu, dia cerita dekat kita orang yang dia sakit gastrik. (dalam hati : cik kenapa tak nak makan? )


lepas tuh, kawan saya lagi seorang. dia pun saya kesian.KESIAN SANGAT SEBAB saya selalu tengok air mata dia mengalir kalahkan WATER FALL dekat melaka dekat bukit baru tu. dia pun kene gastrik. masa tu, kitew pergi kem KEM MEMBINA JATI DIRI (kami tidak dibenarkan mandi sebab NAK BINA JATI DIRI..oh..kalau nak bina jati diri memang tak payah mandi eh??) kitew 1 kumpulan dengan kawan kitew yang sakit gastrik dia asyik nangis sebab DIA PERLUKAN UBAT untuk cool kan perut dia tuh..KITEW DENGAN KAWAN KITEW (yg tak sakit gastrik) BERLARI 3m sebab nak amikkan ubat dia DEKAT KHEMAH...

lepas tuh, sampai je khemah kitew dengan kawan kitew (yang tak sakit gastrik tu) SAKIT MATA tengok semua faci MACAM TENGAH TENGOK LAUT AMAZON.bersenang lenang buruk perangai kau! kita orang ni badan da penat ketiak dah bacen!!!kata saya dalam hati....fuhhh ok penat!


jadi saya sebagai DR.Lala, (bukan nama sebenar) ingin memberikan tips bagaimana elakkan GASTRIK ye bukan gas tarik..sedih~  


senang je! awak : pesakit gastrik 

hanya perlu makan mengikut masa.JANGAN SKIP! terutama BREAKFAST.kalau awak super busy / super malas punya orang ,masak yang simple je dah cukup, asalkan perut itu berisi dengan makanan yang TOYYIBAH (bahasa arab ..terselit rasa bangga)









tadaa!!! saya masak sendiri. mesti mak sayang lebih, bakal suami mesti berkira-kira nak bagi mas kahwin lebih SEBAB BAKAL isteri pandai masak..tsk!tsk!
menu :

sandwich ranggup di dalam lembut di luar

resipi :

  1. ikan bilis digoreng garing 
  2. bawang besar dicincang
  3. telur hancur
  4. kubis/ tomato/timun (awak ada banyak pilihan)
  5. mayonis (kalau tak nak mayo, amik yogurt sapu kat roti,agak-agak habis tak sandwich tu?)
  6. sos cili
  7. alangkah indah kalau ada BLACK PEPPER DARI McD ada lagi dalam poket seluar~
minuman :

milo terabur

resipi :

  1. air panas mendidih-didih 
  2. milo fuze paket (menjimatkan masa dan tenaga)

jadi senang tak?boleh ikut kan?
jadi , kita sama-sama boleh elakkan gastrik kan?


p/s : saya sebenarnya ada bakat terpendam dalam bidang masakan.saja nak bagitau~





Tuesday, September 20, 2011

kejayaan yang harus dicapai oleh semua perempuan



ok..inilah kejayaan TERBESAR aku dan kawan aku yang tak pernah nak amik kisah berapa harga santan (my rasa) sekotak! maksudnya kami ni memang perempuan yang bukan jejak dapur.
tapi alhamdulillah SEDAPPP dan wangi bau nya.

alhamdulillah aku duduk rumah sewa dengan kawan-kawan tanpa mak di sisi, mengajar aku SEBAGAI REMAJA yang malas mahu ke dapur untuk memasak AKHIRNYA pergi jua aku ke dapur untuk memasak..
tapi aku masa tumis tadi aku asyik lah cakap "mana mak?aku rindu mak aku"
housemate aku cakap "ah masa nilah kau nak ingat mak kau"


ya!whatever....


tapi serius bagi aku perempuan yang pandai masak memang harus DIKAGUMI. sebab bukan senang nak tengok orang makan lauk kita sampai bertambah-tambah kan?

p/s : masak lemak cili api pun nak kecoh
p/ss : rugi siapa yang putus cinta dengan aku tu,.hehehe kau ingat senang ke nak cari perempuan pandai masak????

(ok GURAU...jangan amik serius ok) ;)




Friday, September 16, 2011

bila masing-masing salah faham

saya ada banyak akaun, FACEBOOK,TWITTER, blog. ya setiap hari memang saya online kecuali kalau banyak assignment dan nak dekat final. akaun yang paling saya suka ialah TWITTER sebab kita boleh lepaskan apa yang kita suka tanpa fikirkan hati orang lain (sehingga ada orang perhatikan kau dan kau pun takkan perasan) .

saya (aku ~ tak berapa nak sesuai) memang suka baca twitter orang, kita boleh tahu orang tu macam mana melalui tweet dia. saya selalu juga baca tweet  dan balas tweet dia ni. secara jujur, bahasa dia agak kasar kadang-kadang, tapi saya tak kisah..saya fikir dia ni mesti cool dan jenis tak kisah.biasanya gitu lah.

ternyata saya salah. dia bukan macam tu. disebabkan twitter ni tak boleh mengeluarkan intonasi suara si penghantar mesej/tweet saya salah faham dengan dia  ni. tapi serius masa tu mood saya memang tak ok.lepas tu baca plak mesej yang dia hantar kepada saya.

saya : apa kene dia ni?tiba-tiba
saya ingat saya boleh balas mesej (kalau melalui mesej orang lain tak boleh baca) dia tapi tak boleh sebab dia tak follow saya.jadi saya terpaksa tweet dekat dia.bayangkan semua boleh baca ayat angin emo saya tu.

lepas tu, ok dia pun reply. dia terangkan dengan baik apa yg dia maksudkan dalam mesej dia tu. ok, saya minta maaf dekat dia.. dia pun maafkan saya. ok saya kita pun dah selesa lah kan..tapi pagi ni saya baru baca komen dia dalam blog saya. macam biasa SEMUA ORANG boleh baca.ok bacalah.....biar semua tahukan.saya ingat dah tak nak layan tapi dia memang PERLUKAN PENJELASAN SAYA.jadi saya pun komen dalam blog dia...

saya harap dia puas hati dengan penjelasan tu. saya pun dah berkali minta maaf dengan dia, memandangkan jarak umur kami pun jauh beza dia pun dah macam akak saya dan saya kasar dengan dia dalam twitter. maaf lagi sekali. saya pun dah unfollow dia dan alihkan link dia daripada sidebar saya.nanti kalau dilayan takut pisang berbuah dua kali. (walaupun huntung banyak pisang tapi penat nak makan)



 p/s : kak saya minta maaf lagi sekali.