Pages

Saturday, January 8, 2011

maggi makanan ruji saya

bunyinya memang tak sihatkan???tapi itu saja saya sebagai budak yang amat mencintai kehidupan di asrama yang mampu makan,tatkala jam menunjukkan pukul 0030 dan keatas.


maggi yang memang menjadi pilihan kalbu:


perisa kari,tom yam dan laksa menjadi pilihan.kerana rasanya yang pedas,amat sesuai dengan lidah melayuku



selain itu,saya bukanlah seorang yang rajin dan penyabar.oleh itu,saya memilih untuk makan maggi:

ya!ini dia maggi cawan.sangat mudah untuk disediakan.masak air dalam pemanas air lebih kurang 0.5liter.dah panas,tuang dalam cup.tunggu 10min,letak perencah dan cekik ia.



 jika bajet saya lari untuk membeli maggi cup,saya akan memilih maggi dalam plastik(seperti gambar rajah diatas)tapi agak lecehlah.sebab kene buka plastik bagai,sediakan mangkuk dan yang paling aku malas nak mampos ialah kene cuci mangkuk itu!!tapi saya cucilah kan (aku tak dalah semalas yang disangka)

hmm,nampak lazat sangat walaupun tanpa telur,bawang goreng,pendidihan,sosej,cili padi,sayur bewarna hijau dan perahan limau nipis(bahan-bahan yang diperlukan bila masak maggi dekat rumah.kalau tak ada bahan ini TAK NAK MAKAN MAGGI!!*nada macam anak buah aku mintak susu*)



saya tahu makan maggi memang tak bagus untuk diri.tapi  nak buat macam manakan????ok ini KEBURUKAN MAGGI.boleh menjejaskan:
  • kesihatan of  course!
  • ingatan
  • boleh dapat kanser
  • darah tinggi sebab kandungan garam yang tinggi
  • boleh pening sebab adanya MSG
  • boleh tumbuh jerawat dekat sekeliling mulut jika anda tak mencuci mulut selepas makan,kerana maggi mengandungi minyak.(lebih-lebih lagi tom yam)
  • badan akan jadi seperti spongebob  
  • dan lain-lain yang buruk


kenapa orang suka fuck maggi???wei maggi pun ada kebaikannya ok biar saya nyatakan kebaikan maggi:

  • mudah
  • sedap
  • tak payah guna dapur gas
  • perut takkan lapar sampai pagi esok
  • tak perlu spatula
  • tak payah malu bila nak masakkan untuk member sebab rasa maggi sama saja
  • ok kekeringan idea(tulah makan maggi lagi)




Thursday, January 6, 2011

en.zairil maafkan saya

nak tahu???saya,NUR AMERA pelajar DKA tak pernah lambat ke kelas.Malahan saya selalu sampai dulu daripada budak-budak lelaki.Saya juga sering menunggu kawan-kawan seperjuangan untuk pergi ke kelas setiap pukul 0745.Tambahan pula,saya akan memastikan saya lebih awal daripada PUAN DAN ENCIK.


pantang saja Encik keluar kawan datang dekat saya "wei-wei jom amik gambar dengan aku" saya tak sangka yang saya setaraf dengan kak gaga*kepoyoan melanda*

rajah 1.1







rajah1.2



rajah 1.3

rajah 1.4
gambar rajah di atas semua diambil masa nak tunggu pensyarah datang,masa penceramah tengah agihkan makanan,masa puan tengah beri penerangan tentang vernier caliper dan masa encik keluar untuk selesaikan masalah CIDOS yang melanda.


sebenarnya,itu semua intro atau permulaan.nak tahu tak?????selepas sahaja saya makan tengah hari(lauk ayam goreng,kuah gulai,kuah asam pedas dan sayur kubis..nasi macam biasa penuh sepinggan...)habis makan balik bilik terus tidur..bajet lepas azan zohor nak bangun solat dan terus ke kelas..........



malang tidak berbau pekong!!!!hp ku berbunyi(setelah 1jam tidur) daripada CINTA UNTUK AIN. dengan pantas  aku melihat jam yang dibuat oleh ayahku sendiri,bewarna hitam..amat menarik(ok sila berhenti memuji) nak tahu pukul berapa?????pukul 2.10petang oi!!!GILA BETUL!!kelas mula pukul 2.hai...tu lah tadi berlagak sangat.datang awal la,sering tunggu kawan la,sempat amik-amik gambar lagi untuk letak dekat blog..ha hambik ko mera!!!!!!!


apa lagi,saya masuk saja dalam kelas berhawa dingin,semua orang tengok.ketua aku,cakap "mintak maaf kat encik" dengan nada perlahan dan mata besar.


pengajaran:jangan terlalu yakin yang anda dapat tidur hanya 15minit.jangan terlalu awal datang.jangan terlalu kerek sebab muka kau jer sampai dulu.jangan lupa qadak zohor.jangan lupa telepon kawan anda jika dia tak sampai-sampai lagi.


setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada SYIDAH sebab sampai saja dalam kelas dia tanya "mera mana wei???" kepada DORA sebab sudi call dan bagitahu kelas kat mana,FARAH kerana text "da kt ne" CINTA UNTUK AIN sebab misses call aku...dan KECIK sebab dia ajar aku minta maaf dan bertanya dan kepada ADLI sebab cakap"cukupkan tidur anda eh" dan semua yang terlibat.