Pages

Sunday, May 3, 2015

Hari Minggu




Hari ahad biasanya aku wajib cuti. Hari sabtu pula kadang kadang aku kerja (overtime). Jadi maksud hujung minggu pada aku ialah hari ahad. Bukan sabtu dan ahad.

Pagi ahad seperti satu kewajipan untuk aku dan emak keluar breakfast di luar. Sebenarnya aku nak pekena teh tiga layer. Biasanya kami makan roti kosong. walaupun  sebenarnya emak nak roti tisu. Kenapa selera emak lebih ekstrem daripada aku?  I think I am rigid. Sebab sejak aku toddler sehingga aku dewasa hanya roti kosong saja aku pesan.

Selepas breakfast, kami pergi family store( hanya ada di Melaka, Seremban dan Negeri Sembilan)  untuk grocery shopping. Masa diambil tak lama. Dalam setengah jam kami sudah tiba di parkir motor. No plastic bags. Recycle bags it’s the way to go. Usually we’re using Ikea bags. Sebab besar dan tahan lasak (juga sophisticated). Oh. Masa singkat diambil dalam shop sebab aku dah siap list awal awal apa nak beli. DONE

Sesampai rumah, emak sibuk tanam serai bla bla bla. Aku pula menyapu halaman yang dipenuhi daun kering. Biasanya aku sapu 3 buah halaman rumah memandangkan rumah di sebelah kiri dan kanan tiada berpenghuni. Tak pasti aku terlalu rajin ataupun aku tak puas menyapu. Sebab musabab aku asyik menyapu sebab nak buang kalori (roti canai dan teh tiga layer) aku juga benci lemak berlebihan dan perut buncit.

Masuk sahaja bilik aku. ianya seperti sebuah kandang. Tak pasti aku nak samakan dengan kandang apa. kerana kandang lembu/ kambing seingat aku ianya BERSIH. Ok. aku tahu. Kandang babi. Walaupun kandang babi tak pernah ku lihat di depan mata. Ok tak nak pun. Selak langsir, bukak tingkap, buka playlist. Biasa berentak tenang  seperti lagu Bitterheart by Sarawakian girls tu. Zee Avi ?

Tilam dilibas. Bantal dijemur. Cadar pula ditegang. Selimut dilipat kemas. Keliling katil dilap.

Laptop diberus dan dilap dengan berus kecil dan kain pengelap cermin. Keyboard dilap dengan Lifebuoys hand sanitizer.

Alas meja diberus untuk hilangkan habuk.

Meja dilap dengan kain basah.

Lampu meja dibasuh dengan sabun basuh pinggan. Rak buku juga dilap cincai.

Almari dilap dengan kain basah. Cermin besar dilap dengan air cermin.

Sebenarnya banyak lagi kerjaan dilakukan. Tapi aku penat taip.

Bye.





Saturday, March 7, 2015

Relaks.


Organizational tip


Aku ni kelam kabut. Fikiran cepat terganggu dengan perkara remeh temeh. Bila aku buat sesuatu kerja, aku akan sangat focus pada kerja itu. Bila ada gangguan, kerja aku semua jadi salah. So, aku memang seorang yang tak boleh diganggu. Bak kata kawan aku “ IQ kau ni rendah” orang baru kacau sikit dah salah.

Okay. Whatever.

Semasa aku bekerja sendirian aku tak tahu mana satu kerja yang patut aku utamakan. Contohnya, jumpa boss vs key in data. Which one is my priority? Boss ke data? Aku tak tahu. But thank God, aku ada partner pantas pick up. Dia banyak tolong aku handle kelam kabut dan clumsiness aku. mesti dia stress kerja dengan aku.

Thanks colleagues

Bila dah kahwin nanti. When husband minta, pada masa yang sama perut tengah lapar. So? Nak cakap       “ sayang im starving. Could you please keep your horny later? ". Husband “ ARE YOU SEROIUS BABY? I POLIGAMI KANG!!!!! "

Malangnya siapa kahwin dengan aku.

Nah.

Jadi apa kaitannya kerja, marriage, clumsiness  dengan organize? Bagi pandangan aku, kalau seseorang itu tersusun in and out, tahu apa keutamaan dan bukan mesti perkara perkara seperti di atas boleh diatasi. Contohnya, dokumen semua berlabel, borang-borang, alat tulis, alat solek , kabel disimpan dalam organizer. Kan senang nak cari? Dalam berbelanja, kau tahu bezakan kehendak dan keperluan. Kan senang nak menyimpan? Dalam perkahwinan, kau tahu mak apak atau suami siapa yang perlu diutamakan. Kan senang ……  ?

Im not married yet. So it’s really hard to me when I want to connect with it.

So doakan aku kahwin cepat pelase.

Kesimpulannya, kita Cuma perlu relaks bila menghadapi masalah (di tempat kerja atau suami nak poligami). Ambil sedikit masa. 5minit( bila ada masalah di tempat kerja) 5bulan(bila suami minta poligami) let’s get things in place. Breathe in and breathe out. Lepas itu, selesaikan masalah itu.

Mera, akak nak borang ni”
“Mera, pressure dekat raw material tinggi”
“Mera, penimbang cream dah tak boleh pakai”
“Amera, ada audit ISO, pastikan update kerja you.”

Semuanya berlaku dalam setengah jam. RELAKS.




Bila sudah kerja. Bila sudah dewasa. Seriously. You need this.


Lately, i pening kepala fikir macam mana cara nak simpan kabel 
so here comes the tissues roll.

Anda boleh dapatkan penyangkut seluar itu di Nile.com

Saturday, January 10, 2015

2014


2015


Permulaan bulan Muharam yang baik. Hujung bulan Oktober,2014 aku ambil keputusan untuk berhenti kerja. Macam biasa sebab aku tak tahan. Ah! Dasar hati muda yang tidak mahu berfikir panjang. Sepanjang November,2014 aku duduk rumah. Jadi suri rumah, online shopper, timeline scroll-er, mengembalikan berat badan yang hilang dan lain lain.


Pekerja. Penggangur. Pekerja. Kitaran ini amat normal.

Macam biasa emak aku benci tengok aku duduk rumah. “ kau duduk rumah jer sape nak bagi kau duit?”, kata emak. Please jobless and fresh grads, parents hate us staying at home for a week. Aku malas nak cakap apa apa memandangkan gaji aku masih berbaki. So, akak aku ambilkan borang dekat tempat lama dia kerja. Pharmaceutical.

You know, I dah berangan nak jadi Pharmacist.  Tetiba orang kampong ingat I ni dispenser kat klinik. Eh kau !

Aku isi borang. Borang tu ada 2helai saja. Tapi dalam 3hari jugak lah aku nak penuhkan. Damn. Dasar pemalas. Masa tu aku rasa malas nak kerja. I was like “ k nak duk rumah, tunggu laki masuk minang” tetiba teringat kata Tunku Zara Salim

If you want marry Prince Charming, bear in mind princes don’t marry ambitious-less little girls

Ok. fine. Tak ada angan angan pun nak kahwin dengan putera raja. But at least….

Jadi aku terus hantar resume. Disember, 2014 aku diterima kerja di dalam bidang pharma. Aku belajar standard operation standard (SOP), good manufacturing practices (GMP), dan aku belajar menjadi hati kering, I come here not to please mr. manager (tukang-kipas-not-good) dan cakap “none of your business” for those who keep asking me my salary.

Duh

Penutup untuk tahun 2014, 30 December 2014, aku dapat gaji pertama. YA ALLAH SIKITNYAAAAA I can’t brain thissssss!!!!!!

January 11, 2015. Duit aku tinggal MYR50.00.
K bye





Wednesday, September 24, 2014

Pembelian Cerdik yang Rambang

L-R : (1) Extra Virgin Coconut Oil (2) hair serum (3) stokin (4) travel bottles pack



Biasanya setiap bulan sebelum dapat gaji, pada 7 hari bulan (lambatkan gaji aku) aku akan rancang perbelanjaan aku. duit untuk mak ayah, ASB, TAPEM( education loan) dan  kehendak dan keperluan aku.

Kehendak :

Apa apa yang ada dalam Fashion Valet dan Lazada (dan dalam internet)
Excuse me, I’m such an internet shopping junkie

Keperluan :

Sayur, buah buahan, berus gigi dan lain lain

Jadi bulan ini gaji aku sikit. Sebab aku unpaid leave 3hari dan half day sehari. So duit gaji pun ditolak tolak bahagia oleh akak akauntan. Jadi, aku batalkan niat nak layan kehendak (Lazada). Sampailah kawan aku, Arina ajak aku keluar pergi AEON.

Memandangkan Amenakin (kau patut buka youtube sekarang) suka beri tip kecantikan berasaskan bahan organic (OMG SUKA!) seperti sapu minyak kelapa  dara pada muka, jadikan castor oil dan olive oil sebagai pembersih wajah dan lain lain, aku pun nak mencuba. Bukan itu sahaja, Amenakin juga memperkenalkan kegunaan travel bottle pack, untuk isi minyak minyak tersebut, aku pun membeli travel bottle pack itu.

By the way, Amenakin is the organic beauty goddess

Aku pun carilah minyak kelapa dara, castor oil di AEON. Termasuk travel bottle pack itu.

Agak mahal ye. kau jangan ingat botol bodoh bodoh macam tu harganya 4 hengget.

Perkara yang baiknya, aku tak jumpa castor oil. Susah ye nak cari castor oil ni? Ada orang cakap minyak ni pernah kene banned. Eh hello! Castor oil boleh hilangkan jerawat okehhhh.  Jadi penjimatan di situ. Kedua , abang aku belanja minyak kelapa dara (RM30+). Berjoget keriangan seperti perempuan gila lah aku.

Whatever comes from oil, it must be so expensive. I want to stay in Brunei.

Okay. Let me share to you, my picks

1. Extra Virgin Coconut Oil ( Minyak Kelapa Dara)
Terlalu banyak faedah. Kau pun tahukan kelapa ni ada seribu satu fungsi dan ubat. Apa yang membuatkan aku sangat sangat nak beli ialah, aku nak baiki struktur kulit aku. untuk pengetahuan, kulit aku masih berparut. Euwwww

Dan lebih membimbangkan, Extra virgin coconut oil berfungsi sebagai pemutih kulit, bukannya penghilang parut. LOL. Silly me.

2. Anti-frizz shine serum, Schwarzkopf

Aku tak pernah terfikir untuk membeli serum ini. Ini adalah pembelian yang sangat sangat rambang. Aku terpaksa beli di Shin. Kau tahu sebab apa? sebab aku tak ada cash nak bayar travel bottles pack  tu, so kalau nak pakai debit card, pembelian kene melebihi RM50.00. Thanks to Shin’s staff, sebab tolong cari produk paling murah kat situ.

Ok. Paling murah sebab ada diskaun. Harga sebenar, boleh buat aku pengsan.

3. Stokin, Sox World

Kawan aku cakap selesa. Jadi aku belilah.
Ya tuhan. Memang selesa. Sangat selesa dan bergaya. Aku dah terfikir untuk beli lagi 4 pasang stoking. Warna kuning, merah, hijau dan pink. Selagi tak beli, selagi tu fikiran ku terganggu.

It’s good to walk. *katanya*

4. Travel bottle pack

Sebab nak isi minyak kelapa dara. Bukan nak travel sangat pun. Padahal kat Daiso ada jer, jual sebotol RM5. Tapi set ini sangat bagus, ada pelbagai botol yang berbagai fungsi. Ada yang untuk spray, picit, titik dan lain lain. It’s really good. Go Shin now. Go. Change your clothes. Pakai bra. Drive your car.
Kalau nak ikutkan high-maintenance, I nak beli kat Sephora.

A’ah Melaka memang ada Sephora.



Pembelian rambang cuma hair serum je. Yang lain lain aku andaikan pembelian yang bermanafaat. Ini dinamakan pelaburan. Jangan takut untuk melabur girls. Explore new brands, new shop. Share with others. *especially shopaholic*

Saturday, August 9, 2014

Eh you tak ada boyfriend ke?




Masa aku sedang sibuk di makmal untuk periksa air blackcurrant, Uncle Danny, engineer di situ. Tegur aku.

Uncle Danny :  lama you cuti. Cuti raya ka? Raya dengan boyfriend ehhhhh

Aku : eh uncle ! I tak ada boyfriend lah.

Uncle Danny  : eh ! takkan you tak ada boyfriend. I tengok you semua cukup. Height pun ada. Ke you yang tak mahu niii?

Aku  senyum sambil berfikir

Uncle Danny berlalu pergi….

Baru aku sedar, aku memang tak pernah bercinta pun.
Kecuali 5tahun yang lepas. Dengan seorang lelaki. Perhubungan jarak jauh. Berhubung Cuma melalui dalam talian. Di mana semua penipuan bermula. Masa tu zaman keanak anakkan. 

Akhirnya dia tinggalkan aku.

Aku rasa aku dah move on. Tapi I still keep thinking about him.

Jadi kalau ada lelaki lain yang minat kat aku. aku akan jauhkan diri. Ataupun aku buat bodoh dan buat tak faham. Tapi biasanya aku jauhkan diri.

Aku pun tak tahu apa masalah aku. Terlalu memilih ke? Masih nak yang lama ke?

Entah.

lepas ni jangan tanya soalan soalan macam tu boleh?

Terganggu fikiran aku. 

Saturday, August 2, 2014

Allah tengah jentik


Dah dua bulan aku kerja. Aku bekerja di kilang makanan. Kilang kecil di Melaka, kepunyaan seorang cina tua. Ye tua. Dan jawatan jawatan penting di kilang itu pun disandang oleh mereka berbangsa cina. Ye bangsa cina. Tambahan, tauke juga mengupah anak buah, kakak ipar dan biras beliau untuk bekerja di kilang itu. Ye sedara.

Anak buah – manager

Kakak ipar – cctv manual

Biras – tukang masak plus cctv manual

Selama aku kerja di sana aku tak pernah maniskan muka aku dihadapan biras dan kak ipar tauke (uncle and auntie)  sebab aku memang tak suka orang perhatikan dan staring at me for at least  10minutes. Ye STARING. Tak cukup ke CCTV di setiap sudut kilang tu? tak cukup? Plus, segala tingkah laku aku semua akan dimaklumkan pada manager. Semalam mr. manager panggil aku. antara aku dan dia di bilik kecil.
Beliau list down all my mistakes 

1. aku berborak dengan operator. This is prohibited.

2. aku tak boleh click dengan supervisor Nepal. Lelaki Nepal tua yang sangat gelabah. Anyone? Can you feel me?

3. aku tak alert dengan formula campuran yang baru. QA and QC officer lupa nak bagitau ada bahan baru untuk air oren pada orang mixing, then aku jugak yang kene. By the way, aku Cuma QC mixing yang duduk di line production, cek orang mixing masukkan bahan bahan, bukan QA QC (degree holder) yang buat sampel, cipta formula baru. Or whatever.

4. dia kata aku immature OR lazy. Tapi lebih kepada IMMATURE  SEBAB AKU BARU 22TAHUN.aku betul betul nak cakap dengan dia kematangan seseorang bukan berdasarkan UMUR.

5. choosy. Yup. Im choosy. *ok angkat tangan*

6. aku tak reti cek suhu air. *ok part ni memang rasa aku manusia yang terbodoh dan aku dah betulkan kesalahan*

Dan lain lain.

Dan sebenarnya Mr. Manager nak pecat aku. punca utama dia nak pecat sebab alasan number 3 dan 6 tu.

Kau rasa?

Aku rasa tak adil kalau dia nak pecat aku seorang. Padahal QA QC yang duduk dalam bilik air-conditioner boleh teruskan kerja. Padahal mereka sendiri TERLUPA , ALPA untuk maklumkan pada orang penting dalam bab mixing. Ye. aku akui aku pun salah sebab aku sambil lewa.

Tapi kenapa kau hentam aku seorang? Kenapa kau nak pecat aku seorang?

Kemmon mr. manager kau cakap kau tak nak berat sebelah. Tapi hakikatnya kau berat sebelah.

Dari aku masuk kilang tu, aku dapat rasakan aura aura kebodohan dan  berat sebelah. Ternyata. Kebodohan dan berat sebelah telah terpancar.

Suasana belajar dan bekerja sangat lain. SANGAT. Sebab tahi bersepah di tempat kerja.

Aku rasa nak sambung belajar.

Bye.

Sunday, June 15, 2014

Nepalese




Baru baru ni I dapat kerja. Syukur. I kerja di sector perkilangan. Dekat kilang tempat I kerja tu, 95% operator dia adalah pendatang asing. Bukan operator jer pendatang asing, juruteknik dan QC pun sama. Seperti  Myanmar, Vietnam, Nepal other than that I tak tahu. Mula mula I masuk kilang tu, I pelik! I pun bermonolog dalam hati nurani


Kenapa eh boss upah warga asing untuk operator? Semua pulak tu. tak mao(mahu)  tolong warganegara sendiri ka?


Lepas I dah kerja untuk beberapa hari, baru I faham.


OMG! Pantas dan efisien habis mereka bekerja. Terutama Nepalese. Kalau I nak cam Nepalese pemalas senang je. YANG GEMOK TU LA PEMALAS. PATOT LAH GEMOK. Tapi I tak marah pun kalau diaorang pemalas. Sebab I bukan big bawseee. Lagi satu, mereka tak bercakap cakap masa kerja. Kalau nak bercakap, masa rehat je. Besides, I punya generate skill sangat lemau, so then bila I nak tolong diaorang buat kotak, they will teach me how to do that sampai I dapat walaupun I soooo lembab. Comel kan mereka?


Tapi I lebih suka Nepalese daripada Vietnamese mahupun orang Myanmar. Orang Nepal ni muka manis, masa kerja pun boleh senyum senyum. Ada sorang tu, asyik lah cakap I cantik


Cantikkk awakkk cantikkk

I pun tak pasti sama dia tahu ke tak maksud cantik tu. ahaha

Lagi satu, masa mak sedara yang duduk dekat shah alam buat majlis kawin anak dia, pengantin empat dan MASAK SENDIRI BUKAN CATERING.. kau rasa? Mula mula I fikir, siapa pulak nak melayan pinggan mangkuk, rumah bersepah dan semua bagai? Rupa rupanya pak long I dah ada pekerja Nepalese to do that entire tiring works. Syukur. Cuma tugas mak long masakkan makanan untuk mereka. Dan bukan susah sangat nak masak pun, masak sayur  jer.

Lastly, Cuma I terfikir, kenapa orang kita tak serajin mereka? Kerja tak sepantas mereka? Sebab kita berada di Negara sendiri, which is comfort zone?


Yeke macam tu?