Pages

Saturday, December 17, 2011

aku , puan dan kematian

12/12/2011


aku bangun dengan perasaan gementar. sebab hari ni keputusan periksa aku keluar. melalui laman sesawang. sesudah solat subuh aku berdoa minta diluluskan semua subjek.


aku taip laman web. aku login. keluarlah gambar perempuan bermuka bulat macam pau ayam.(aku la tu)
aku cek nama aku. aku cek kad matrik aku. perlahan aku scroll ke bawah. dengan sebelah mata terbuka dan sebelah tertutup dan kekuatan daripada-NYA aku berjaya tengok.


***********************************************************************************


alhamdulillah. den lulus semua eh lulus. menitik air mata aku. kerana aku sangka aku gagal. sebab aku malas nak belajar. alhamdulillah.


aku pun bermalas-malasan akibat sudah lulus periksa.


mak kol. aku tak jawab. aku kol mak balik.


mak : bagi number telefon busu
aku : kenapa?
mak : puan sakit

sebelum ni memang puan sakit . tapi demam biasa. dalam otak aku "mungkin puan demam lagi"

aku tak risau.
aku terus tengok tv dan dengar lagu.
aku terus bergembira dengan keputusan periksa aku.

gembira!
gembira!
terkejut!



petang.


mak balik kerja. mak menjerit namaku. aku yang sedang online terasa terganggu. aku congokkan muka ku .

aku : kenapa mak?
mak : nak tengok puan tak? puan kat hospital jasin
aku : ok. nak.


dalam masa 1jam lebih jugak aku dan mak tunggu abang aku balik kerja. mak tak berani nak bawa motor. katanya dah malam.


semasa tunggu abang. aku makan. dah habis makan. aku basuh tangan. aku duduk sebelah mak. muka mak monyok.

mak : kalau atok tak de, mak akan duduk kampung.kalau puan tak de? macam mana atok?
aku : kita boleh balik kampung setiap minggu.


mak diam. hati dia mungkin tak tenang. aku tengok muka mak. mak tunduk. mak tak senang. tv direnung kosong. aku pula tak habis-habis menyumpah dalam hati sebab kelewatan abang aku.



maghrib -hospital jasin


doktor : siapa waris Noriah?
aku      :  saya doktor (masa tu mak dan mak ngah solat.hanya aku dan abang saja tunggu puan)
doktor : tekanan darahnya rendah. kami sedang naikkan. dia ada jangkitan di paru-paru. kami sedang
             sediakan ambulans , kami akan bawa ke hospita besar.


tepat sahaja akak aku dan suaminya sampai.aku bagi tahu akak, apa doktor cakap. aku dan abang pula keluar.


aku masuk wad kecemasan dengan mak, mak ngah dan akak.



YA ALLAH. sakitnya puan.kuat bunyinya. puan semput. puan dibekalkan dengan oksigen.

mak aku nangis tengok puan.
mak ngah marah sebab mak nangis.
puan sejuk.
puan minta dialaskan belakang badanya sebab dia nak sandar.
mak ngah sapu belakang puan sambil selawat.
mak pula menjawab dan kol adik beradik dan saudara mara.
aku keluar.
aku tak nak duk dalam.
aku tak kuat.
aku nangis.
kesian puan.



di hospital besar.


puan tak sedarkan diri. mungkin diberi ubat penenang. puan dimasukkan kiub.

aku jumpa mak sedara dan bapa sedara ku dari jauh.

malam itu aku duduk di hospital bahagian kecemasan sehingga pukul 12 lebih.

tatkala menunggu puan, akak belikan aku kueh tiaw goreng dan teh tarik bungkus.

aku dan abang berkongsi.

kesian abang dari tadi dia tak makan.





13/12/2011


nyenyak tidurku. aku dengar hand phone aku bergetar.

mak kol.


mak : nangis. nangis. sambil nangis. mak cuba sampaikan berita.




***********************************************************************************


mak : mira puan dah tak de. mira puan dah tak de.
aku : ok.ok


aku telefon sepupuku

aku : nangis. atin....nangis
atin : kenapa?? cakap! cakap!
aku : puan dah tak de tin
aku : helo! helo!

atin letak. mungkin dia terkejut.


aku tukar baju kurung. aku pakai tudung semalam. aku terus kejut abang .

"abang! bangun . puan dah meninggal"

abang termenung. termenung. termenung.

"abang siap. kita ke hospital" kata aku

ayah panggil aku " mira puan dah meninggal"
aku "ok"


aku berwuduk. dan bersolat. selesai solat. aku masuk bilik abang.

abang masih diam.malas aku nak layan. dalam otak aku , aku nak pergi ke hospital tengok jenazah puan.

aku cari ayah aku. ayah ajak aku ke hospital.


aku dan ayah naik motor ke hospital.


***********************************************************************************

aku : kak, mana pesakit yang meninggal pagi tadi?
nurse : oh nenek tu eh. kat zone merah dik
aku : terima kasih



aku dan ayah masuk ke zone merah.


puan ditemani dengan tangisan. aku tengok puan macam sedang tidur. tenang.

aku tengok mak. mak nangis. mak minta yassin dan spek mata.

aku hulurkan.

mak ngah suruh aku cium puan.

aku cium.

bau puan harum. serius.

disebelah puan ,aku dan emak membaca yassin. aku tak boleh baca dengan baik. air mata aku menitik. hingus mengalir. aku teresak-esak. aku hanya mampu membaca surah-surah pendek yang aku hafal.



aku , mak , mak ngah , nek acit dan pak cik yang uruskan puan menyusung puan untuk dibawa ke van jenazah.


semua orang pandang. aku pula tak habis-habis nak lap air mata.


pemandu jenazah : siapa nak tunjuk jalan ?
aku                      : saya
pemandu jenazah  : nak lalu mana?
aku                       : jasin ke rim
pemandu jenazah   : bukan lalu selandar ke?
aku                        : tak pe. lalu rim senang.


aku duduk di depan tunjuk jalan ke kampungku.
mak dan mak ngah pula teman jenazah puan di belakang.


**********************************************************************************



sampai di kampung.

kami bacakan yassin.
kami jahitkan sarung tangan untuk mandikan jenazah puan.
kami mandikan puan.


alhamdulillah. di saat-saat akhir puan aku berjasa juga.

memang itu yang aku mahukan.

uruskan jenazah puan.


aku tolong mak uruskan jenazah puan.


kami semua cucu, anak , adik beradik, sedara mara uruskan jenazah puan dengan baik.



al-Fatihah


kiri : nenek kanan : puan



anak-anak dan menantu puan






No comments:

Post a Comment