Pages

Sunday, May 3, 2015

Hari Minggu




Hari ahad biasanya aku wajib cuti. Hari sabtu pula kadang kadang aku kerja (overtime). Jadi maksud hujung minggu pada aku ialah hari ahad. Bukan sabtu dan ahad.

Pagi ahad seperti satu kewajipan untuk aku dan emak keluar breakfast di luar. Sebenarnya aku nak pekena teh tiga layer. Biasanya kami makan roti kosong. walaupun  sebenarnya emak nak roti tisu. Kenapa selera emak lebih ekstrem daripada aku?  I think I am rigid. Sebab sejak aku toddler sehingga aku dewasa hanya roti kosong saja aku pesan.

Selepas breakfast, kami pergi family store( hanya ada di Melaka, Seremban dan Negeri Sembilan)  untuk grocery shopping. Masa diambil tak lama. Dalam setengah jam kami sudah tiba di parkir motor. No plastic bags. Recycle bags it’s the way to go. Usually we’re using Ikea bags. Sebab besar dan tahan lasak (juga sophisticated). Oh. Masa singkat diambil dalam shop sebab aku dah siap list awal awal apa nak beli. DONE

Sesampai rumah, emak sibuk tanam serai bla bla bla. Aku pula menyapu halaman yang dipenuhi daun kering. Biasanya aku sapu 3 buah halaman rumah memandangkan rumah di sebelah kiri dan kanan tiada berpenghuni. Tak pasti aku terlalu rajin ataupun aku tak puas menyapu. Sebab musabab aku asyik menyapu sebab nak buang kalori (roti canai dan teh tiga layer) aku juga benci lemak berlebihan dan perut buncit.

Masuk sahaja bilik aku. ianya seperti sebuah kandang. Tak pasti aku nak samakan dengan kandang apa. kerana kandang lembu/ kambing seingat aku ianya BERSIH. Ok. aku tahu. Kandang babi. Walaupun kandang babi tak pernah ku lihat di depan mata. Ok tak nak pun. Selak langsir, bukak tingkap, buka playlist. Biasa berentak tenang  seperti lagu Bitterheart by Sarawakian girls tu. Zee Avi ?

Tilam dilibas. Bantal dijemur. Cadar pula ditegang. Selimut dilipat kemas. Keliling katil dilap.

Laptop diberus dan dilap dengan berus kecil dan kain pengelap cermin. Keyboard dilap dengan Lifebuoys hand sanitizer.

Alas meja diberus untuk hilangkan habuk.

Meja dilap dengan kain basah.

Lampu meja dibasuh dengan sabun basuh pinggan. Rak buku juga dilap cincai.

Almari dilap dengan kain basah. Cermin besar dilap dengan air cermin.

Sebenarnya banyak lagi kerjaan dilakukan. Tapi aku penat taip.

Bye.





No comments:

Post a Comment