Wednesday, May 23, 2012

fast food yang meloyakan

salam subuh.
anda bangun subuh?



hari tu, aku pergi makan dengan abang aku, mcD yang berhampiran dengan rumah. tak adalah hampir sampai 2 langkah dah sampai. tapi hampirlah. sebab aku memang teringin nak makan mcD, ayam foldover namanya. bukan senang tau nak makan ayam foldover secara percuma.


disebabkan aku seorang perempuan  yang tidak berduit, dan sering mengharapkan belas kasihan emak ayah abang , aku harus bekerja untuk mendapatkan duit daripada mereka. seperti contoh, AKU MEMANG NAK MAKAN AYAM FOLDOVER, tapi TIDAK BERDUIT dasar tak sedar diri! dahlah tak de duit, tapi nak makan sedap-sedap!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


jadi setiap malam hari ahad, tugas aku akan bermula pada pukul 9malam sehingga 11 malam ,( dari mula mentor sampai habis cerita memberku hawa ) mengurut belakang badan abang aku. segala karate, penumbuk, garu-garu harimau, kadang-kadang dia suruh aku pijak badan dia aku buat DEMI AYAM FOLDOVER dan demi NAK BELAS KASIHAN NAK DUIT dari abang.


note kepada abang : sila beli kerusi urut gintell/ogawa setelah bekerjaya kelak.


jadi, setelah berminggu-minggu aku bekerja keras mengurut , aku dapat mamam AYAM FOLDOVER . ok nampak desperate nok!



ayam foldover meloyakan tekak kami
kentang yang amat masinkan tekak aku
 

setengah jam aku nak tunggu sos + berbungkus-bungkus black pepper nih siap!
 

berat badan baru turun 4kg, dah kene teman adik pergi makan ayam foldover.
kene belanja pulak tu!!!!!!!
 
aku pakai baju besar dan jeans ;)


abang aku cakap aku kampung, sebab bawa kamera pergi mcD , dan tak tahu macam mana nak buka bungkusan ayam foldover. ELEH! ELEH!!!!!!!! ada orang tu pergi warung pun nak bawa kamera, bukan aku sorang je buat macam tu.

Friday, May 18, 2012

you're not somebody that i used to know












hari tu, aku teman membe aku jadi pengapit. aku teman dengan rela hati. ye rela hati. aku tak kenal pun sorang umat dalam majlis tu. ye aku memang rela hati. ini pertama kali, aku pergi MAJLIS PERKAHWINAN SESEORANG YANG TIDAK KU KENALI. ye pertama kali. agak pelik. sebab semua orang tengok aku, macam emak hilang bayi.



by the way, saya belum kahwin.




Sunday, May 13, 2012

bahasa untuk si biadab

aku ada akaun twitter . akaun twitter aku @ameraMS .kalau nak follow dipersilakan. tapi aku tak galakkan kau follow kalau kau seorang pengecut nak mention nama.

kalau kau setakat nak sentap bagai dan nak timbulkan isu besar dekat timeline orang, kau boleh go die cepat-cepat ye. ye. dengar kurang ajar. nak buat macam mana?darah muda masih mengalir , kurang ajar la hasilnya. oh ye! kalau kau tak faham tweet orang, baik kau tanya tuanya BUKAN KAU SARCASTIC DIA MANGKOK AYON!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


aku memang hilang respect dengan hamba Allah macam ni, kau tak hormat orang dan kau nak harap orang hormat kau? baik kau masuk liang lahad cepat-cepat, sebab dalam liang lahad tak de orang. malaikat je ada. ye. aku tahu. aku kurang ajar lagi?so what to do? ni je bahasa nak ajar makhluk tuhan yang biadab.


k bye.

Thursday, May 10, 2012

perempuan! sila jangan mengadu domba

hai.
Assalamualaikum.


 awak , perempuan di luar sana suka akan period? period as known as darah haid.bukan period masa yang aku maksud kan.ok one quick question,  when did you last have a period? kalau jawapan aku, aku rasa akhir bulan 3. dan sekarang bulan 5. did you get it?


aku rasa pelik binti ajaib sebab setiap kali final exam, period aku tak menentu. sebelum itu , OH! SAYA RASA AWAK YANG BACA SANGAT OPEN MINDED, DAN SAYA JUGA. I DONT THINK THIS CONFESSION IS HUMILIATING ME as a teenager. ok agak meroyan kan? siap nak caps lock HUMILIATING , tapi kalau kau kat tempat aku pun, kau mesti rasa benda yang sama. aku tak stress pun masa final exam bulan lepas. tapi tak ada juga. meet a doctor? baik aku buat ujian pap smear terus.


ok . aku tengok iklan laurier, ( sebuah jenama tuala wanita paling laris , kotttt) aku jadi macam  " when ya Allah?" bila anugerah ( darah haid)  hanya pada wanita yang KAU turunkan, KAU nak turun pada aku? im not whining actually, but im wondering.

nipis! senang dibersihkan! panjang macam saiz kaki aku! DAN SEKARANG KAU TAK PAYAH NAK CUCI PAD YANG TEBAL GILER TU DENGAN SABUN CECAIR DYNAMO -_______- oh! siapakah yang melakukannya? sebab laurier senang dibersih! that's the point! i dont care about your thickness yang nipis bagai. sebab sesetengah pad memang susah nak bersih.



so! dengan ini, aku rasa aku nak try laurier ini. tapi bagaimana sih? jeles tengok perempuan-perempuan yg period, darah haid turun macam air terjun ! menchik! menchik! kepada perempuan di luar sana, awak janganlah nak "aduiiii aku benci betul piyed" jangan nak merungut, tak semua bernasib baik macam awak. awak subur, awak boleh mengandung, sebab tu awak period. kecuali kalau awak mengandung/ menepos. yang penting awak perempuan yang normal .



beg comel isi pad. nak cover line depan masyarakat!
 

inilah perasaan saya. sedih mak nok! ;(
 


tisu. kitew beli dekat kantin. omeeyyyy angat!!!!!!!!




Monday, May 7, 2012

confession : bukan pasal final exam.

aku baru lepas final exam. aku tak nak pun komen apa-apa pasal soalan final exam. sebab soalan semester ini macam @$%%^%$** . eh! tadi kata tak nak komen.

aku habis exam 2 Mei bersamaan dengan berapa hari bulan Islam adik-adik?????????????????? aku cuti 2 bulan. lama tu. aku ingat aku nak keje. sebab aku nak beli banyak benda. seperti :


  • handphone baru. mak aku marah aku beli handphone.so? i buat dek je uolls
  • collagen dust. aku ada masalah dalaman yang amat serius
  • banana boat sunblock SPF 500+++ . bukan nak letak kat muka, tapi kaki
  • kasut ke kelas. aku beli yang RM20.00 je
  • contact lens. aku rasa muka aku lebih budak-budak kalau tanpa kaca mata.
  • iphone 4s. ok ini aku tipu.


aku dah lama tak on lap top suci ni. suci sebab takde gambar laki 6 pack yang bogel dalam ini ye. bila menaip mengigil pulak jari-jemari 'kurus' aku.

aku rasa aku sakit. aku tak sihat. tapi aku propa buat-buat sihat. bob kuman baru lepas meninggal.

aku pun tengah menghitung hari bila aku nak menghadap DIA pula.

ok bye.

Wednesday, April 18, 2012

di saat hampiri finalmente

semester ini aku akui semester yang kelam kabut dengan report dan assignment. semua nak cepat. semua nak betul. semester ni pulak semester pendek. encik aku pun cakap , yang sem nih kita orang mesti tak boleh score, sebab semuanya kelam kabut. termasuk dia. sebab dia pun tak tanda test dan segala bagai kertas kita orang .betullah apa encik cakap tu. bijak encik.


setiap semester, aku mesti bertembung dengan subjek tough.


GEOTECHNIC

subjek killer semester ni. soalan bagi susah-susah. test pun susah. come on la puan! bagi aku, kau tak payah nak jadikan soalan tu complex sangat. apa salahnya, tak payah PERTUKARAN UNIT semasa membuat jalan kira? apa salahnya BAGI NILAI SENANG bila nak plot graf. apa salahnya, BAGI FORMULA YANG BETUL supaya kami dapat jawapan dengan betul. subjek ni pun bukan nak pakai SI unit. dia cuma nak seragamkan unit je. WELL sebagai pensyarah, aku rasa puan tahu KELEMAHAN student di mana. iaitu masa pertukaran unit dan ingat formula.



GEO-E


aku rasa apa sahaja subjek yang start dari GEO mesti susah. dan subjek ni sebenanya tak susah pun. subjek ni tak melibatkan sebarang formula. ia hanya KENE HAFAL AYAT HAFALAN YANG SKEMA DAN FAKTA YANG BERLAKU . is that annoying? dah macam subjek sejarah zaman aku sekolah menengah. dengan encik aku, yang sekadar okaylah..hummm



HYDRAULIC 


ini bukan subjek kegemaran aku. tapi lecturer yang ajar tu kegemaran aku. kegemaran di sini tidak membawa apa-apa erti istimewa. aku pun tak amik laki orang. ok lah. encik ni mesra alam. bijak. yakin. rajin melayan kerenah student. aku suka bertanya sama dia. aku curi gambar encik, pastu sebarkan kat twitter. ok semua tweet HENSEM! BOLEH TAHAN! ok fine.cuma FIZIK = HYDRAULIC . SI unit itu sudah pasti! formula yang panjang itu sudah pasti! soalan yang panjang itu sudah pasti! sketch apa benda alah dia nak itu sudah pasti! haish!!!!!!!!!!



MATHEMATIC


sepatutnya Matematik itu senang.sepatutnya.ok bye.


QUANTITY MEASUREMENT


kalau kau seorang yang meminati mengira perimeter  dan area setiap rasuk, piling, pad footing dan pandai baca pelan IM SWEAR TO GOD THIS SUBJECT WILL BE YOUR KEGEMARAN .subjek ni paling aku bodoh. aku tak tahu apa benda nak letak dekat ruang BILANGAN. puan was rushing , then students were buat dek je.




so that, untuk hilangkan segala tekanan di saat hampiri final exam, aku keluar dengan budak 'kurus'.
biasanya, aku suka jalan kat shopping mall. budak 'kurus' pun suka jalan kat shopping mall. budak 'kurus' pulak 'tak' kuat makan, jadi kami pun menghabiskan masa kami dengan MAKAN di tempat agak bandar dan tak KG.




disebabkan dataran pahlawan, tak THE GARDEN , kami makan di US PIZZA
 

Fauzi .ajak rasa tutti fruitti. JUJUR AKU CAKAP sedap.
tapi tekak aku masih rasa loya.
 
kuruskan? =.="



ini instagram.in case you dont know lah kan.hew hew hew.

Friday, April 6, 2012

TWITTER vs FACEBOOK

bila aku baca status ni aku fikir banyak kali
macam mana budak ni tahu yang budak twitter yang kononnya kutuk budak FB?
daripada kawan-kawan/surat khabar/media massa?
hahahahahaha SALAH!




anda boleh fikir sendiri kan?


kalau tak suka jangan buka la der.
lawak ok.