Pages

Saturday, August 9, 2014

Eh you tak ada boyfriend ke?




Masa aku sedang sibuk di makmal untuk periksa air blackcurrant, Uncle Danny, engineer di situ. Tegur aku.

Uncle Danny :  lama you cuti. Cuti raya ka? Raya dengan boyfriend ehhhhh

Aku : eh uncle ! I tak ada boyfriend lah.

Uncle Danny  : eh ! takkan you tak ada boyfriend. I tengok you semua cukup. Height pun ada. Ke you yang tak mahu niii?

Aku  senyum sambil berfikir

Uncle Danny berlalu pergi….

Baru aku sedar, aku memang tak pernah bercinta pun.
Kecuali 5tahun yang lepas. Dengan seorang lelaki. Perhubungan jarak jauh. Berhubung Cuma melalui dalam talian. Di mana semua penipuan bermula. Masa tu zaman keanak anakkan. 

Akhirnya dia tinggalkan aku.

Aku rasa aku dah move on. Tapi I still keep thinking about him.

Jadi kalau ada lelaki lain yang minat kat aku. aku akan jauhkan diri. Ataupun aku buat bodoh dan buat tak faham. Tapi biasanya aku jauhkan diri.

Aku pun tak tahu apa masalah aku. Terlalu memilih ke? Masih nak yang lama ke?

Entah.

lepas ni jangan tanya soalan soalan macam tu boleh?

Terganggu fikiran aku. 

No comments:

Post a Comment