Pages

Wednesday, September 24, 2014

Pembelian Cerdik yang Rambang

L-R : (1) Extra Virgin Coconut Oil (2) hair serum (3) stokin (4) travel bottles pack



Biasanya setiap bulan sebelum dapat gaji, pada 7 hari bulan (lambatkan gaji aku) aku akan rancang perbelanjaan aku. duit untuk mak ayah, ASB, TAPEM( education loan) dan  kehendak dan keperluan aku.

Kehendak :

Apa apa yang ada dalam Fashion Valet dan Lazada (dan dalam internet)
Excuse me, I’m such an internet shopping junkie

Keperluan :

Sayur, buah buahan, berus gigi dan lain lain

Jadi bulan ini gaji aku sikit. Sebab aku unpaid leave 3hari dan half day sehari. So duit gaji pun ditolak tolak bahagia oleh akak akauntan. Jadi, aku batalkan niat nak layan kehendak (Lazada). Sampailah kawan aku, Arina ajak aku keluar pergi AEON.

Memandangkan Amenakin (kau patut buka youtube sekarang) suka beri tip kecantikan berasaskan bahan organic (OMG SUKA!) seperti sapu minyak kelapa  dara pada muka, jadikan castor oil dan olive oil sebagai pembersih wajah dan lain lain, aku pun nak mencuba. Bukan itu sahaja, Amenakin juga memperkenalkan kegunaan travel bottle pack, untuk isi minyak minyak tersebut, aku pun membeli travel bottle pack itu.

By the way, Amenakin is the organic beauty goddess

Aku pun carilah minyak kelapa dara, castor oil di AEON. Termasuk travel bottle pack itu.

Agak mahal ye. kau jangan ingat botol bodoh bodoh macam tu harganya 4 hengget.

Perkara yang baiknya, aku tak jumpa castor oil. Susah ye nak cari castor oil ni? Ada orang cakap minyak ni pernah kene banned. Eh hello! Castor oil boleh hilangkan jerawat okehhhh.  Jadi penjimatan di situ. Kedua , abang aku belanja minyak kelapa dara (RM30+). Berjoget keriangan seperti perempuan gila lah aku.

Whatever comes from oil, it must be so expensive. I want to stay in Brunei.

Okay. Let me share to you, my picks

1. Extra Virgin Coconut Oil ( Minyak Kelapa Dara)
Terlalu banyak faedah. Kau pun tahukan kelapa ni ada seribu satu fungsi dan ubat. Apa yang membuatkan aku sangat sangat nak beli ialah, aku nak baiki struktur kulit aku. untuk pengetahuan, kulit aku masih berparut. Euwwww

Dan lebih membimbangkan, Extra virgin coconut oil berfungsi sebagai pemutih kulit, bukannya penghilang parut. LOL. Silly me.

2. Anti-frizz shine serum, Schwarzkopf

Aku tak pernah terfikir untuk membeli serum ini. Ini adalah pembelian yang sangat sangat rambang. Aku terpaksa beli di Shin. Kau tahu sebab apa? sebab aku tak ada cash nak bayar travel bottles pack  tu, so kalau nak pakai debit card, pembelian kene melebihi RM50.00. Thanks to Shin’s staff, sebab tolong cari produk paling murah kat situ.

Ok. Paling murah sebab ada diskaun. Harga sebenar, boleh buat aku pengsan.

3. Stokin, Sox World

Kawan aku cakap selesa. Jadi aku belilah.
Ya tuhan. Memang selesa. Sangat selesa dan bergaya. Aku dah terfikir untuk beli lagi 4 pasang stoking. Warna kuning, merah, hijau dan pink. Selagi tak beli, selagi tu fikiran ku terganggu.

It’s good to walk. *katanya*

4. Travel bottle pack

Sebab nak isi minyak kelapa dara. Bukan nak travel sangat pun. Padahal kat Daiso ada jer, jual sebotol RM5. Tapi set ini sangat bagus, ada pelbagai botol yang berbagai fungsi. Ada yang untuk spray, picit, titik dan lain lain. It’s really good. Go Shin now. Go. Change your clothes. Pakai bra. Drive your car.
Kalau nak ikutkan high-maintenance, I nak beli kat Sephora.

A’ah Melaka memang ada Sephora.



Pembelian rambang cuma hair serum je. Yang lain lain aku andaikan pembelian yang bermanafaat. Ini dinamakan pelaburan. Jangan takut untuk melabur girls. Explore new brands, new shop. Share with others. *especially shopaholic*

No comments:

Post a Comment