Sebenarnya hari itu aku nak post satu entri tentang ‘online
shopping’ tapi terhenti. Sebab kamera tak ada. Bila kamera dah ada, aku hold
lagi entri tu. sebab mak ngah aku meninggal. Tanda hormat dan tiada mood.
Tengah tak ada mood lagi. Sebab rasa kehilangan masih
menghimpit
Sampai Najib umumkan tentang MH370
Meremang bulu roma. Menggeletar tubuh. Bagai malaikat maut
berbisik “sabar ya. Aku akan Tarik nyawa mu dalam setengah jam lagi”
Huntunglah jika Malaikat Maut yang tak henti jemu menjenguk,
berbisik begitu pada bakal jenazah.
Aku tak pasti kenapa perasaan itu ada pada aku. bukannya
ahli keluarga aku ada dalam pesawat. Mungkin, sejak hari pertama kehilangan
pesawat itu, aku sudah memuatkan kaki aku ke dalam kasut ahli keluarga mangsa.
Aku bayangkan emak ayah abang akak aku ada dalam pesawat. Pesawat
hilang itu.
Menangis. Sebab sedih
Berdoa. Sebab berharap
Redha. Sebab tabah
Cuma berhuntungnya aku, kerana itu hanya bayangan aku. bila
ahli keluarga ada di depan mata, sedih hilang.
Apa definisi mati bagi kau?
Kehidupan sebenar bermula?
Mati ialah masa untuk berhenti memuja Tuhan?
Mengharapkan syurga Firdaus Tuhan? Jika kau golongan kanan. Aku pasti kau
manusia cemerlang.
Ada orang takut mati.
Ada orang tak sabar nak mati sebab rindu nak jumpa Kekasih
Pertama.
Betapa huntungnya insan insan yang merindui mati itu. Aku fikir,
mungkin bekalan mereka sudah tertumpah tumpah daripada bekas.
Aku?
Bekalan kosong.
Belum berbakti pada mak bapak.
Belum melahirkan anak. Anak? Bukan sebab aku gatal miang nak
kawin. Anak ini aku harapkan dapat mengirimkan air-conditioner masa aku di dalam kubur
Dapat luaskan pusara ku.
Arghhh
Angan angan tanpa henti.
No comments:
Post a Comment