Hari ini hari Sabtu. Hujung minggu bagi aku sekeluarga.
Tiada keringat diperah . Tiada ayat maki hamun oleh majikan kepada kuli. Tiada
kereta berpusing atau wakaf 7 kali atau lebih untuk mencari parkir. Tiada
kedengaran deejay radio berleter tentang topic “bagaimana anda menangani boss yang gatal di ofis?” oh.
“ saya tendang teluq dia”
How lovely
Hari ini juga sedara aku kahwin. Hani. I mean Doctor Hani. Cantik, bergaya
orangnya. Suami pun seorang doctor. Syafiq. Doctor Syafiq. Majlis dilangsungkan di
Restauran Zam Zam, Seksyen 9
Sesampai aku di sana, aku tukar baju. Baju yang ditaja oleh
Hani. Terima kasih kak. Tak payah aku berkira kira mahu memakai baju apa,
kerana majlis perkahwinan juga diadakan di tempat yang agak gah. Baju baju
koleksi aku, ya ampun. It is so last year. Walaupun boleh jeww pakai baju tuh tapi tu la, diva tak bertempat. Masalah tipikal yang selalu dihimpat
wanita. Selesai.
Makan juga harus aku gunakan sudu garfu. Masalah. Kerana aku
senang gunakan tangan. Jika ada air basuh tangan atau sinki sudah lama sikap
orang kampung aku terserlah di situ. Lauk pauknya juga bertemakan makanan Arab.
Tiada masalah. Kerana aku bedal sahaja apa yang dihidang asalkan ada rasa. Rasa
pedas.
Masa aku banyak dihabiskan bersama sepupu mak aku. dan sepupu rapatku. Aqila. Aqila gojes yang
menjadi pujaan abang aku. kah kah kah. menghabiskan masa bersama sepupu mak aku
buat aku dan Qila rasa janggal. Mereka cantik, bergaya, sopan santun, kecil
molek. Manakala aku, saiz agak besar, kasar, kalau gelak semua orang tengok,
bawa sebotol muruku sana sini tanpa rasa diperhati dan lain lain sifat tak
menyenangkan hati.
Awkward.
Door gift. One toblerone
and two polaroid ( curi curi )
*abaikan alas meja yang buruk itu. itu bukan air liur basi *
Last picture with Hani’s sister, Kak wawa
Can you spot our taller?
Cantik. kan?
Zoom. Excuse me. Tu bunga rambai bukan bekas jerawat atau apa apa
L-R : kak Zeti, kak Arissa (both emak's cousin ) and Aqila ( my other half + cousin)
Can you spot our taller?
Acara tamat. Aku pulang.
Sampai rumah. Rumah bersepah. Lantai kotor. Tambahan lagi
dengan adanya seorang budak dan seorang bayi. How sticky floor will be
Bye.
No comments:
Post a Comment