Pages

Tuesday, August 28, 2012

hari raya.

swag.
swag perkataan paling popular dekat twitter. aku rasa macam dbcfbvfvbg.




selamat hari raya kepada semua pembaca blog tak semegah ini. dengan peluang keemasan ini, saya ingin memohon maaf kerana post saya yang lalu lalu ada yang membuatkan anda naik hantu bila membacanya. wah! naik hantu terus!


sempena raya, tak payahlah nak naik hantu lagi, walaupun semua tahu, hantu dah dibebaskan. biarlah naik benda pulak ye. naik berat badan ke, naik rating peminat ke, naikkan saham kau ke.ihiks!



yang penting naikkan iman ye uolls!



sempena raya jugak, saya  ingin postkan gambar tak semegah juga di sini. dan dan dan apa yang lain pada tahun ini ialah , SAYA PAKAI FOUNDATION sebelum menepek bedak compact uolls! ahahahahaha lame -_____-


saya juga baru sedar yang foundation amat penting untuk kawal minyak merembes keluar dari kulit.foundation juga menampakkan kulit lebih flawless dan cerah semula jadi (bagi aku yang berkulit hitam manis). alhamdulillah tajuk "SELAMAT HARI RAYA" tapi tercerita pulak pasal foundation akak!



gunakan foundation sebelum menepek compact powder ye adik-adik.





so random :

  • setiap tahun mesti nak amik gambar berdua-duaan seperti laki bini dengan aqmal.
  • aqil, dah macam adik saya (dalam gambar je)
  • bukan perempuan sahaja yang suka bergambar, lelaki pun tidak dilupai.maklumlah kitakan berdarah daging, so perangai tu mesti lebih kurang sama kanzz!
  • sedang semua eloks bermain bunga api, tiba-tiba abang aku, BACA SURAT KHABAR .kau hado?
  • kami (gegirls) memang suka melantak lama-lama sambil passing daging dan nasi dan bergossip liar dan amik gambar di bawah cahaya lampu.(supaya kulit lebih cerah)
  • makan hati tengok rumah nek acit ;'(
  • i said "wei malam ni malam mahaban kan?" then they were laugh at me. "WEI MALAM TAKBIR LA" saya termalu kejap
  • makan McD adalah satu kewajibul gunnah jika gegirls bertemu. hello! kita jumpa pun setahun dua kali je ok (minimum)
  • kanak-kanak riang yang di make-up seperti suster ngesot dan hanania , yang  usianya baru beberapa bulan turut diselitkan.
  • so happy raya.
  • emak, balqis dan atok.







akhir kata , al-Fatihah to Noriah Muhammad.

al-Fatihah.


No comments:

Post a Comment